Skim Perubatan yang memberi perlindungan bagi perbelanjaan kos rawatan serta pembedahan untuk semua warga guru serta ahli keluarga mereka. Dengan Skim MyNUTP Medicare, yakinlah bahawa bil-bil perubatan anda akan diuruskan dengan perhatian perubatan yang terbaik!
Pengenalan
Perbelanjaan perubatan amat membebankan jika seseorang di dalam keluarga anda jatuh sakit. Pekara yang merisaukan ialah bagaimana membayar kos rawatan perubatan yang tinggi. Justeru itu, mengambil langkah pertama tersebut untuk melindungi anda dan keluarga dalam situasi berkenaan adalah penting.
Skim ini memberi perlindungan bagi perbelanjaan kos rawatan serta pembedahan untuk semua warga guru serta ahli keluarga mereka. Kad ini akan dikeluarkan kepada semua ahli keluarga dan setiap penambahan ahli keluarga yang baru, contohnya anak yang baru dilahirkan hendak dilaporkan secara rasmi kepada pihak syarikat insurans supaya dia tidak terkecuali daripada liputan kontrak ini.
Dengan Skim MyNUTP Medicare, yakinlah bahawa bil-bil perubatan anda dan ahli keluarga akan diuruskan dengan perhatian perubatan yang terbaik!
Kadar premium yang sama untuk semua peringkat umur dari 18 - 60, tidak meningkat mengikuti umur.
Serendah RM87 Sebulan
Premium yang rendah dan mampu dimiliki untuk individu
Elaun Tunai Kemasukan Wad
Hospital Swasta - RM100-200/mlm
Hospital Kerajaan - RM200-400/mlm
Kadar Penginapan Yang Tinggi
Kadar bilik penginapan yang tinggi sebanyak
RM 200 semalam.
>160 Buah Hospital Panel
Panel Hospital yang sebanyak >160 buah hospital yang terkenal.
Perlindungan Yang Tinggi
Perlindungan yang tinggi RM 125,000 setahun bagi setiap individu.
Perlindungan sehingga umur 75
Khairat Kematian Kemalangan
MANFAAT MEDICARE
Skim ini memberi perlindungan bagi perbelanjaan kos rawatan serta pembedahan untuk semua warga guru serta ahli keluarga mereka, jika diwadkan di hospital.
Kad ini akan dikeluarkan kepada semua ahli keluarga dan setiap penambahan ahli keluarga yang baru, contohnya anak yang baru dilahirkan hendak dilaporkan secara rasmi kepada pihak syarikat insurans supaya dia tidak terkecuali daripada liputan kontrak ini.
Tiada ko-insurans dikenakan jika anda diwadkan di bilik hospital yang lebih tinggi. Hanya perlu membayar perbezaan kadar bilik dan makan sahaja.
Elaun tunai kemasukan wad di hospital swasta - RM200 semalam, Hospital Kerajaan RM400 semalam
KELAYAKAN PENYERTAAN
Skim ini boleh disertai oleh semua guru-guru sekolah serta ahli keluarga mereka.
Umur pemohon dan pasangan (suami/ isteri) adalah dari 18-60 tahun.
Anak-anak di bawah tanggungan dari 30 hari - 18 tahun, jika anak masih bujang dan masih belajar sepenuh masa di Malaysia.
HAD UMUR PERLINDUNGAN
Untuk peserta dan pasangan, perlindungan akan tamat pada hari jadi ke-75, anak peserta akan tamat pada umur 23.
SKOP PERLINDUNGAN
Perlindungan hanya berkuatkuasa 30 hari selepas sumbangan pertama diterima oleh operator insurans, bukan potongan gaji pertama. (Tiada faedah akan dibayar dalam tempoh 30 hari ini)
Anda perlu memberikan segala maklumat kesihatan yang benar dan betul untuk mendapatkan perlindungan sepenuhnya.
Penyakit khusus tidak dilindungi dalam masa 120 hari pertama dari sumbangan premium.
Tiada perlindungan atas penyakit sedia ada.
PENYAKIT KHUSUS YANG TIDAK DILINDUNGI DALAM 120 HARI PERTAMA DARI SUMBANGAN PREMIUM
Penyakit-penyakit di bawah dan komplikasi yang berkaitan dengannya adalah dikecualikan daripada perlindungan jika berlaku kepada peserta dalam masa 120 hari yang pertama
Hipertensi (darah tinggi), diabetes mellitus (kencing manis) dan penyakit kardiovaskular.
Semua tumor, kanser, cysts (sista), nodul, polip, batu dalam system kencing dan system biliari.
Semua penyakit telinga, hidung (termasuk sinus) dan tekak.
Hernia, hemoroid, fistula, hidrosele, varikosele.
Endometrisis termasuk penyakit system pembiakan.
Gangguan sistem vertebra (termasuk diska) dan penyakit lutut.
PENYAKIT YANG SEDIA ADA
Penyakit yang sedia ada bermaksud penyakit/ kecacatan yang peserta sudah ketahui. Peserta dianggap sudah mengetahui mengenai sesuatu penyakit di mana:
Peserta sudah menerima atau sedang menjalani rawatan
Nasihat perubatan, diagnosis, penjagaan atau rawatan sudah disyorkan
Simptom-simptom pernah atau masih ketara, atau
Kehadiran penyakit sememangnya ketara kepada seseorang di dalam keadaan tertentu.
MANFAAT PERLINDUNGAN
BILIK HOSPITAL DAN MAKANAN
Kami akan membayar balik Bayaran Munasabah dan Biasa Diamalkan yang Perlu Dari Segi Perubatan untuk penginapan di bilik dan
makan. Jumlah manfaat hendaklah sama dengan bayaran sebenar yang dikenakan oleh Hospital semasa Anda dimasukkan ke Hospital,
tetapi manfaat tidak boleh melebihi bagi mana-mana satu Hari, kadar Manfaat Bilik dan Makan, dan bilangan maksimum Hari seperti yang
ditetapkan dalam Jadual Sijil. Anda hanya Iayak menerima manfaat ini apabila dimasukkan ke Hospital sebagai pesakit dalam.
Unit Rawatan Rapi (ICU)
Kami akan membayar balik Bayaran Munasabah dan Biasa Diamalkan yang Perlu Dari Segi Perubatan untuk bilik dan makan yang
sebenarnya ditanggung semasa dimasukkan ke Hospital sebagai pesakit dalam di Unit Rawatan Rapi Hospital. Bayaran manfaat ini
hendaklah sama dengan bayaran sebenar yang dikenakan oleh Hospital tertakluk kepada manfaat maksimum bagi mana-mana satu Hari,
dan bilangan maksimum Hari, seperti yang ditetapkan dalam Jadual Sijil. Apabila tempoh dimasukkan ke Hospital di Unit Rawatan Rapi
melebihi tempoh maksimum yang ditetapkan dalam Jadual Sijil, maka pembayaran balik akan dihadkan kepada kadar Bilik dan Makan
Harian Hospital. Tiada Manfaat Bilik Hospital dan Makan akan dibayar untuk tempoh dimasukkan ke Hospital yang sama di mana manfaat
Unit Rawatan Rapi dibayar.
BEKALAN & KHIDMAT HOSPITAL
Pembayaran balik bagi Bayaran Munasabah dan Biasa Diamalkan yang sebenarnya ditanggung untuk jagaan am, dadah dan Ubat Yang
Dipreskripsikan dan dimakan, pencucian dan pembalutan luka, anduh, acuan plaster, sinar-x, pemeriksaan makmal, elektrokardiogram,
fisioterapi, ujian metabolisma basal, suntikan dan larutan intravena, pemberian darah dan plasma darah tetapi tidak termasuk kos darah dan
plasma semasa Anda dimasukkan ke Hospital sebagai pesakit dalam di Hospital, hingga jumlah yang dinyatakan dalam Jadual Sijil.
BAYARAN PEMBEDAHAN
Kami akan membayar balik Bayaran Munasabah dan Biasa Diamalkan untuk Pembedahan yang oleh Pakar / Pakar Bedah, termasuk
lawatan penilaian pra-pembedahan Anda oleh Pakar / Pakar Bedah dan rawatan selepas Pembedahan hingga bilangan Hari maksimum
dari tarikh Pembedahan, tetapi dalam tempoh maksimum yang dinyatakan dalam Jadual Sijil. Jika lebih daripada satu Pembedahan
dijalankan bagi Mana-mana Satu Hilang Upaya, jumlah bayaran untuk semua Pembedahan yang dijalankan, tidak boleh melebihi jumlah
maksimum yang dinyatakan dalam Jadual Sijil.
BAYARAN PAKAR BIUS
Kami akan membayar balik Bayaran Munasabah dan Biasa Diamalkan oleh Pakar Bius untuk pemberian bahan bius yang tidak boleh
melebihi had yang ditetapkan dalam Jadual Sijil.
BAYARAN BILIK BEDAH
Kami akan membayar balik Bayaran Munasabah dan Biasa Diamalkan untuk Bilik Bedah yang berkaitan dengan prosedur Pembedahan
namun tidak melebihi had yang ditetapkan dalam Jadual Sijil.
UJIAN DIAGNOSTIK PRA-HOSPITAL
Kami akan membayar balik Bayaran Munasabah dan Biasa Diamalkan untuk ECG, sinar-x dan ujian makmal yang dijalankan di Hospital
untuk tujuan diagnostik bagi Kecederaan atau Penyakit apabila berkaitan dengan Hilang Upaya sebelum dimasukkan ke Hospital mengikut
bilangan Hari dan jumlah maksimum yang ditetapkan dalam Jadual Sijil dan yang disyorkan oleh Pakar Perubatan / Pakar. Bayaran tidak
akan dibuat jika dalam khidmat diagnostik itu, Anda tidak menginap di Hospital untuk rawatan bagi keadaan perubatan yang didiagnosis itu.
RUNDINGAN PAKAR PRA-HOSPITAL
Kami akan membayar balik Bayaran Munasabah dan Biasa Diamalkan untuk rundingan kali pertama oleh Pakar yang berkaitan dengan
Hilang Upaya dalam bilangan Hari dan jumlah maksimum seperti yang ditetapkan dalam Jadual Sijil sebelum dimasukkan ke Hospital,
dan dengan syarat rundingan itu Perlu Dari Segi Perubatan dan telah disyorkan secara bertulis oleh Pakar Perubatan / Pakar yang
memberikan rawatan. Bayaran tidak akan dibuat untuk rawatan klinikal (termasuk ubat dan rundingan berikutnya selepas Penyakit
didiagnosis) atau apabila Anda tidak dimasukkan ke Hospital untuk rawatan bagi keadaan perubatan yang didiagnosis itu.
LAWATAN PAKAR PERUBATAN DALAM HOSPITAL
Kami akan membayar balik Bayaran Munasabah dan Biasa Diamalkan oleh Pakar Perubatan untuk lawatan yang Perlu Dari Segi
Perubatan ke atas pesakit dalam berbayar semasa dimasukkan ke Hospital kerana Hilang Upaya bukan Pembedahan yang tidak melebihi
bilangan Hari dan jumlah maksimum yang ditetapkan dalam Jadual Sijil.
RAWATAN SELEPAS PENGHOSPITALAN
Kami akan membayar balik Bayaran Munasabah dan Biasa Diamalkan yang ditanggung dalam rawatan susulan untuk Hilang Upaya yang
sama seperti semasa dimasukkan ke Hospital sebaik sahaja keluar dari Hospital untuk Hilang Upaya bukan Pembedahan tertakluk kepada
jumlah maksimum Hari dan amaun yang dinyatakan dalam Jadual Sijil.
Rawatan Selepas Kemasukan Ke Hospital
Pembayaran balik caj yang berpatutan dan lazim yang ditanggung untuk rawatan susulan yang diperlukan dari segi perubatan oleh pakar perubatan yang sama untuk hilang upaya tanpa pembedahan, dalam tempoh 60 hari serta-merta berikutan keluar dari hospital dan tertakluk kepada had seperti yang tertera dalam jadual manfaat. Ini termasuk ubat-ubatan yang dipreskripsikan dalam rawatan susulan tetapi tidak boleh melebihi bekalan yang diperlukan untuk tempoh maksimum 60 hari dari tarikh keluar dari hospital.
BAYARAN AMBULANS
Kami akan membayar balik Bayaran Munasabah dan Biasa Diamalkan yang ditanggung untuk perkhidmatan ambulans jalan domestik
yang diperlukan (termasuk atendan) ke dan / atau dari Hospital berkaitan. Bayaran tidak akan dibuat jika Anda tidak dimasukkan ke Hospital
dan tertakluk kepada had yang ditetapkan dalam Jadual Sijil.
RAWATAN PESAKIT LUAR BAGI KEMALANGAN DAN KECEMASAN
Kami akan membayar balik Bayaran Munasabah dan Biasa Diamalkan yang ditanggung hingga jumlah maksimum yang dinyatakan dalam
Jadual Sijil, bagi Kecederaan anggota badan Yang Dilindungi yang timbul daripada Kemalangan untuk rawatan yang Perlu Dari Segi
Perubatan sebagai Pesakit Luar di mana-mana klinik atau Hospital berdaftar dalam tempoh dua puluh empat (24) jam dari masa berlaku
Kemalangan yang menyebabkan Kecederaan anggota badan Yang Dilindungi. Rawatan susulan oleh Doktor yang sama atau klinik atau
Hospital berdaftar yang sama untuk Kecederaan anggota badan Yang Dilindungi yang sama akan disediakan hingga jumlah maksimum
dan bilangan Hari maksimum seperti yang ditetapkan dalam Jadual Sijil.
ELAUN TUNAI HARIAN
a) Hospital Kerajaan - Kami akan membayar elaun tunai harian bagi setiap Hari semasa berada di Hospital untuk Hilang Upaya Yang
Dilindungi di Hospital Kerajaan Malaysia, dengan syarat Anda dihadkan kepada kadar Bilik dan Makan yang tidak melebihi jumlah
dan bilangan Hari yang dinyatakan dalam Jadual Sijil.
b) Hospital Swasta:
i) Secara Tanpa Tunai - Kami akan membayar elaun tunai harian bagi setiap Hari semasa berada di Hospital jika tuntutan dibuat
secara tanpa tunai untuk Hilang Upaya Yang Dilindungi di Hospital Swasta, dengan syarat Anda dihadkan kepada kadar Bilik dan
MyNUTP MediCare/CW/26032025 Halaman 6 dari 12
Makan yang tidak melebihi jumlah dan bilangan Hari yang dinyatakan dalam Jadual Sijil.
ii) Bayaran Balik - Kami akan membayar elaun tunai harian bagi setiap Hari semasa berada di Hospital jika tuntutan dibuat atas dasar
pembayaran balik untuk Hilang Upaya Yang Dilindungi di Hospital Swasta, dengan syarat Anda dihadkan kepada kadar Bilik dan
Makan yang tidak melebihi jumlah dan bilangan Hari yang dinyatakan dalam Jadual Sijil.
BAYARAN LAPORAN PERUBATAN
Kami akan membayar balik bayaran sebenar bagi laporan perubatan yang lengkap oleh Pakar Perubatan atau Pakar Bedah yang merawat
untuk setiap Hilang Upaya tetapi tidak melebihi jumlah yang dinyatakan dalam Jadual Sijil.
CUKAI KE ATAS PERBELANJAAN YANG LAYAK
Kami akan membayar balik jumlah Cukai Ke Atas Perbelanjaan Yang Layak yang dikenakan oleh Klinik atau Hospital keatas pembekalan
bercukai dan perkhidmatan yang diberikan kepada Anda yang akan dibayar di bawah sijil ini tertakluk kepada had yang ditetapkan dalam
Jadual Sijil.
TRANSPLAN ORGAN
Kami akan membayar balik Bayaran Munasabah dan Biasa Diamalkan yang ditanggung bagi rawatan transplan Buah Pinggang, Jantung,
Paru-paru, Hati dan Sum-sum Tulang di Hospital berdaftar. Manfaat yang dibayar balik adalah terhad kepada had yang dinyatakan dalam
Jadual Sijil.
RAWATAN KANSER PESAKIT LUAR
Jika Anda didiagnosis menghidap kanser seperti yang dinyatakan di bawah, Kami akan membayar balik Bayaran Munasabah dan Biasa
Diamalkan yang ditanggung untuk rawatan kanser yang Perlu Dari Segi Perubatan yang dijalankan di pusat rawatan kanser berdaftar yang
sah tertakluk kepada had bagi Hilang Upaya ini seperti yang ditetapkan dalam Jadual Sijil.
Rawatan itu (radioterapi atau kemoterapi tidak termasuk rundingan, ujian pemeriksaan, dadah yang dibawa pulang) hendaklah diterima di
jabatan Pesakit Luar Hospital atau di pusat rawatan kanser berdaftar sebaik sahaja selepas keluar dari Hospital atau Pembedahan.
Kanser ditakrifkan sebagai sel malignan yang tumbuh dan merebak secara tidak terkawal, dan serangan serta pemusnahan tisu normal
tersebut dianggap memerlukan rawatan perantaraan atau Pembedahan utama (tidak termasuk prosedur endoskopi). Kanser mesti disahkan
melalui tanda malignansi histologi.
Menjadi syarat khas bagi Manfaat ini, tanpa menyentuh pengecualian keadaan sedia ada, bahawa Manfaat tidak akan dibayar kepada Anda
yang telah didiagnosis sebagai pesakit kanser dan / atau menerima rawatan kanser sebelum tarikh kuat kuasa Takaful.
RAWATAN DIALISIS BUAH PINGGANG PESAKIT LUAR
Jika Anda didiagnosis sebagai mengalami Kegagalan Buah Pinggang seperti yang dinyatakan di bawah, Kami akan membayar balik
Bayaran Munasabah dan Biasa Diamalkan yang ditanggung yang Perlu Dari Segi Perubatan untuk rawatan dialisis buah pinggang yang
dijalankan di pusat dialisis berdaftar yang sah tertakluk kepada had Hilang Upaya ini seperti yang ditetapkan dalam Jadual Sijil.
Rawatan tersebut (dialisis termasuk rundingan, ujian pemeriksaan, dadah yang dibawa pulang) hendaklah diterima di jabatan Pesakit Luar
Hospital atau di pusat rawatan dialisis berdaftar sebaik sahaja selepas keluar dari Hospital atau Pembedahan.
Kegagalan Buah Pinggang bermaksud kegagalan renal peringkat akhir yang menyebabkan kegagalan kronik dan tidak boleh pulih keduadua
buah pinggang untuk berfungsi dan oleh itu dialisis renal perlu dimulakan.
Menjadi syarat khas bagi Manfaat ini tanpa menyentuh pengecualian keadaan sedia ada, bahawa ia tidak akan dibayar kepada Anda yang
mengalami Penyakit renal kronik dan / atau menerima rawatan dialisis sebelum tarikh kuat kuasa Takaful.
HAD MAKSIMUM SETIAP AHLI SETIAP HILANG UPAYA
Pembayaran balik Caj yang Munasabah dan Biasa Diamalkan yang ditanggung untuk perkhidmatan dan / atau rawatan yang diberikan
kepada Anda yang akan dihadkan kepada had maksimum setiap ketidakupayaan seperti yang dinyatakan dalam Jadual Sijil tanpa mengira
jenis kecacatan. Manfaat yang dibayar adalah tertakluk kepada Had Tahunan Keseluruhan.
PROSEDUR PEMBEDAHAN HARIAN
Kami akan membayar balik Bayaran Munasabah dan Biasa Diamalkan untuk bayaran perubatan dan bayaran pakar yang dikenakan ke
atas pembedahan harian (Pembedahan dan Perubatan) yang dilakukan sebagai pesakit luar (tanpa kemasukan ke hospital) sehingga had
maksimum bagi Hilang Upaya yang dinyatakan dalam Jadual Sijil. Ini termasuk rawatan susulan oleh Pakar Perubatan / Pakar / Pakar
Bedah yang sama tertakluk kepada jumlah yang dinyatakan dalam Jadual Sijil. Mana-mana Prosedur Pembedahan Harian yang dilakukan
untuk tujuan penyiasatan dan diagnostik yang tidak berkaitan dengan Rawatan untuk sebarang ketidakupayaan tertentu yang tidak dilindungi.
RAWATAN FISIOTERAPI PESAKIT LUAR
Kami akan membayar balik Bayaran Munasabah dan Biasa Diamalkan bagi rawatan fisioterapi pesakit luar yang dirujuk secara bertulis
oleh Pakar Perubatan berlesen selepas pembedahan atau rawatan dalam hospital dalam tempoh enam puluh (60) hari dari tarikh keluar
Hospital sehingga jumlah maksimum yang ditetapkan di Jadual Sijil.
UJIAN PRA-OPERATIF UNTUK COVID 19
Kami akan membayar balik Bayaran Munasabah dan Biasa Diamalkan bagi ujian diagnostik COVID-19 seperti ujian kendiri RTK-Ag
dan/atau ujian Polymerase Chain Reaction (PCR) jika anda perlu melakukan pembedahan sehingga jumlah yang dinyatakan dalam Jadual
Sijil.
PERALATAN PERLINDUNGAN DIRI (PPE) UNTUK COVID 19
Kami akan membayar balik Bayaran Munasabah dan Biasa Diamalkan oleh pesakit dalam dan/atau Pakar Perubatan / Pakar Bedah yang
merawat yang menggunakan peralatan pelindungan diri (PPE) untuk COVID-19 semasa pembedahan sehingga jumlah yang dinyatakan
dalam Jadual Sijil.
PERBELANJAAN PENGEBUMIAN AKIBAT KEMATIAN KEMALANGAN
Kami akan membayar jumlah seperti yang dinyatakan di dalam Jadual Manfaat, jika Anda meninggal dunia akibat kemalangan semasa dalam
Tempoh Takaful.
PENGECUALIAN
Kontrak ini tidak melindungi apa-apa penghospitalan, pembedahan atau bayaran disebabkan secara langsung atau tidak langsung, sepenuhnya atau sebahagiannya, oleh mana-mana satu kejadian yang berikut:
Penyakit yang sedia ada.
Penyakit yang ditetapkan yang berlaku dalam tempoh 120 hari pertama bagi perlindungan berterusan.
Apa-apa keadaan perubatan atau fizikal yang berlaku dalam tempoh 30 hari pertama perlindungan atau tarikh pengembalian semula bagi peserta, mengikut mana-mana yang terakhir kecuali untuk kecederaan akibat kemalangan.
Pembedahan plastic/kosmetik, berkhatan, pemerikasaan mata, cermin mata dan pembetulan rabun dekat melalui pembiasan atau pembedahan (keratotomy radial dan lasik) serta penggunaan atau pemerolehan perkakas atau alat prostetik luaran seperti anggota tiruan, alat pendengaran, perentak yang diimplankan dan preskripsi seterusnya.
Penyakit pergigian termasuk rawatan pergigian atau pembedahan oral kecuali apabila diperlukan kerana kecederaan akibat kemalangan pada gigi asli yang sihat yang berlaku sepenuhnya dalam tempoh perlindungan.
Penjagaan peribadi, rehat pulih atau penjagaan kebersihan, dadah yang tidak dibenarkan, intoksikasi, pemandulan, penyakit kelamin dan sekuelanya, AIDS (Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit) atau AC (Kompleks Berkaitan AIDS) dan penyakit berkaitan HIV, serta apa-apa penyakit berjangkit yang memerlukan kuarantin mengikut undang-undang.
Kehamilan, melahirkan anak (termasuk kelahiran secara pembedahan), keguguran, menggugurkan kandungan dan jagaan serta pembedahan prenatal atau postnatum, kaedah kawalan kelahiran kontraseptif mekanikal atau kimia atau rawatan berkaitan ketaksuburan, disfungsi erektil dan ujian atau rawatan berkaitan impoten atau pemandulan.
Penghospitalan terutamanya untuk tujuan penyiasatan, diagnosis, pemeriksaan sinar-X, pemeriksaan fizikal atau perubatan am, tidak berkaitan dengan rawatan atau diagnosis hilang upaya yang dilindungi yang tidak perlu dari segi perubatan dan apa-apa rawatan pencegahan, ubat atau pemeriksaan pencegahan yang dijalankan oleh pakar perubatan, dan rawatan khusus untuk mengurangkan atau menaikkan berat badan.
Bunuh diri, percubaan bunuh diri atau kecederaan diri sendiri yang disengajakan ketika siuman atau tak siuman.
Peperangan atau apa-apa tindakan peperangan, diisytiharkan atau tidak diisytiharkan, aktiviti jenayah atau pengganas, bergiat cergas dalam mana-mana angkatan bersenjata, penyertaan secara langsung dalam mogok, rusuhan dan kekecohan awam atau pemberontakan.
Radiasi pengionan atau pencemaran melalui radioaktiviti daripada mana mana bahan api nuklear atau sisa nuklear daripada proses pembelahan nuklear atau daripada apa-apa bahan senjata nuklear.
Perbelanjaan yang ditanggung untuk menderma mana-mana organ tubuh oleh peserta dan kos pemerolehan organ termasuk semua kos yang ditanggung oleh penderma ketika transplan organ dan komplikasinya.
Penyiasatan dan rawatan ganguan tidur dan dengkur, terapi penggantian hormon dan terapi pilihan seperti rawatan, perkhidmatan atau bekalan perubatan, termasuk tetapi tidak terhad kepada perkhidmatan kiropraktik, akupunktur, akutekanan, refleksologi, pengikatan tulang, rawatan pakar herba, urut atau terapi aroma atau rawatan pilihan yang lain.
Penyiasatan dan rawatan ganguan tidur dan dengkur, terapi penggantian hormon dan terapi pilihan seperti rawatan, perkhidmatan atau bekalan perubatan, termasuk tetapi tidak terhad kepada perkhidmatan kiropraktik, akupunktur, akutekanan, refleksologi, pengikatan tulang, rawatan pakar herba, urut atau terapi aroma atau rawatan pilihan yang lain.
Jagaan atau rawatan yang pembayaran tidak dikehendaki setakat ia dibayar oleh mana-mana insurans/Takaful lain atau tanggung rugi yang melindungi peserta dan hilang upaya yang timbul daripada tugas dalam pekerjaan atau kerjaya yang dilindungi di bawah Kontrak Insurans Pampasan Pekerja.
Psikotik, gangguan mental atau saraf (termasuk apa-apa neurosis dan manifestasi fisiologi atau psikosomatiknya).
Kos/Perbelanjaan bagi perkhidmatan yang bersifat bukan perubatan seperti telefon, televisyen, radio, perkhidmatan teleks atau kemudahan yang serupa, kit/pek kemasukan dan barang bukan perubatan lain yang tidak layak.
Kesakitan atau kecederaan yang timbul daripada apa-apa jenis perlumbaan (kecuali perlumbaan jalan kaki), sukan merbahaya seperti tetapi tidak terhad kepada terjun udara, sukan profesional, luncur air, sukan musim sejuk, aktiviti dalam air yang memerlukan alat pernafasan dan aktiviti-aktiviti yang tidak dibenarkan.
Penerbangan peribadi selain sebagai penumpang yang membayar tambang dalam mana-mana penerbangan komersil berjadual untuk mengangkut penumpang melalui laluan yang ditetapkan.
Perbelanjaan yang ditanggung untuk menukar jantina.
Carta Aliran
Kemasukan Hospital
Pesakit tiba di hospital panel, maklumkan Kad Pengenalan,
Surat Rujukan Panel Klinik dan Kad Keahlian.
Hospital mengesahkan kad dan nama melalui
Pusat Bantuan 24 jam - CompuMed
Membekalkan Laporan Perubatan sebab-sebab kemasukan ke Pusat Bantuan
Selepas menerima Laporan Perubatan yang lengkap dari Hospital.
Surat Jaminan dikeluarkan untuk Pesakit yang dilindungi.