Pengenalan

Perbelanjaan perubatan amat membebankan jika seseorang di dalam keluarga anda jatuh sakit. Pekara yang merisaukan ialah bagaimana membayar kos rawatan perubatan yang tinggi. Justeru itu, mengambil langkah pertama tersebut untuk melindungi anda dan keluarga dalam situasi berkenaan adalah penting.


Skim ini memberi perlindungan bagi perbelanjaan kos rawatan serta pembedahan untuk semua warga guru serta ahli keluarga mereka. Kad ini akan dikeluarkan kepada semua ahli keluarga dan setiap penambahan ahli keluarga yang baru, contohnya anak yang baru dilahirkan hendak dilaporkan secara rasmi kepada pihak syarikat insurans supaya dia tidak terkecuali daripada liputan kontrak ini.

Dengan Skim NUTP Medicare, yakinlah bahawa bil-bil perubatan anda dan ahli keluarga akan diuruskan dengan perhatian perubatan yang terbaik!

UNTUK MENDAPATKAN SURAT JAMINAN (KEMASUKAN HOSPITAL), SILA HUBUNGI:

ASIS ASSISTANCE 24 HOURS ALARM CENTRE 03-7628 3377 or +6 03-7841 5777

Kadar Premium Yang Sama

Kadar premium yang sama untuk semua peringkat
umur dari 18 - 60, tidak meningkat mengikuti umur.

Hanya RM 50 Sebulan

Premium yang rendah hanya RM 50 sebulan
untuk individu

Tiada Ko-Insurans

Membiayai 100% kos pembedahan dan rawatan
sehingga had maksimum tahunan.

Kadar Penginapan Yang Tinggi

Kadar bilik penginapan yang tinggi sebanyak
RM 200 semalam.

134 Buah Hospital Panel

Panel Hospital yang sebanyak 134 buah
hospital yang terkenal.

Perlindungan Yang Tinggi

Perlindungan yang tinggi RM 100,000 setahun
untuk individu.

MANFAAT MEDICARE

  • Skim ini memberi perlindungan bagi perbelanjaan kos rawatan serta pembedahan untuk semua warga guru serta ahli keluarga mereka.
  • Kad ini akan dikeluarkan kepada semua ahli keluarga dan setiap penambahan ahli keluarga yang baru, contohnya anak yang baru dilahirkan hendak dilaporkan secara rasmi kepada pihak syarikat insurans supaya dia tidak terkecuali daripada liputan kontrak ini.
  • Tiada ko-insurans dikenakan jika anda diwadkan di bilik hospital yang dijadualkan.

KELAYAKAN PENYERTAAN

  • Skim ini boleh disertai oleh semua guru-guru sekolah serta ahli keluarga mereka.
  • Umur pemohon dan pasangan (suami/ isteri) adalah dari 18-60 tahun.
  • Anak-anak di bawah tanggungan dari 30 hari - 22 tahun, jika anak masih bujang dan masih belajar sepenuh masa di Malaysia.

HAD UMUR PERLINDUNGAN

  • Untuk peserta dan pasangan, perlindungan akan tamat pada hari jadi ke-70, anak peserta akan tamat pada umur 23.

SKOP PERLINDUNGAN

  • Perlindungan hanya berkuatkuasa 30 hari selepas sumbangan pertama diterima oleh operator insurans, bukan potongan gaji pertama.
    (Tiada faedah akan dibayar dalam tempoh 30 hari ini)
  • Anda perlu memberikan segala maklumat kesihatan yang benar dan betul untuk mendapatkan perlindungan sepenuhnya.
  • Penyakit khusus tidak dilindungi dalam masa 120 hari pertama dari sumbangan premium.
  • Tiada perlindungan atas penyakit sedia ada.

PENYAKIT KHUSUS YANG TIDAK DILINDUNGI DALAM 120 HARI PERTAMA DARI SUMBANGAN PREMIUM

Penyakit-penyakit di bawah dan komplikasi yang berkaitan dengannya adalah dikecualikan daripada perlindungan jika berlaku kepada peserta dalam masa 120 hari yang pertama

  • Hipertensi (darah tinggi), diabetes mellitus (kencing manis) dan penyakit kardiovaskular.
  • Semua tumor, kanser, cysts (sista), nodul, polip, batu dalam system kencing dan system biliari.
  • Semua penyakit telinga, hidung (termasuk sinus) dan tekak.
  • Hernia, hemoroid, fistula, hidrosele, varikosele.
  • Endometrisis termasuk penyakit system pembiakan.
  • Gangguan sistem vertebra (termasuk diska) dan penyakit lutut.

PENYAKIT YANG SEDIA ADA

Penyakit yang sedia ada bermaksud penyakit/ kecacatan yang peserta sudah ketahui. Peserta dianggap sudah mengetahui mengenai sesuatu penyakit di mana:

  1. Peserta sudah menerima atau sedang menjalani rawatan
  2. Nasihat perubatan, diagnosis, penjagaan atau rawatan sudah disyorkan
  3. Simptom-simptom pernah atau masih ketara, atau
  4. Kehadiran penyakit sememangnya ketara kepada seseorang di dalam keadaan tertentu.

Jadual Manfaat

Pelan A Pelan B
Individu Keluarga Individu Keluarga
Had maksimum bagi satu ketidakupayaan untuk setiap ahli 50,000 50,000 100,000 100,000
Had tahunan keseluruhan untuk sekeluarga 100,000 150,000
Manfaat Hospital
Bilik Hospital & Penginapan Harian - Maksimum 150 hari 200 200 200 200
Unit Rawatan Rapi (ICU) - Maksimum 150 hari 400 400 400 400
Bekalan Dan Perkhidmatan Hospital Kos Sebenar Kos Sebenar Kos Sebenar Kos Sebenar
Yuran Laporan Perubatan 80 80 80 80
Yuran Bilik Pembedahan Kos Sebenar Kos Sebenar Kos Sebenar Kos Sebenar
Manfaat Pembedahan
Perkhidmatan Diagnosis Pra-Hospital (60 hari sebelum kemasukan wad) Kos Sebenar Kos Sebenar Kos Sebenar Kos Sebenar
Bayaran Pakar Bedah (satu ketidakupayaan) Kos Sebenar Kos Sebenar Kos Sebenar Kos Sebenar
Bayaran Pakar Anestesia Kos Sebenar Kos Sebenar Kos Sebenar Kos Sebenar
Transplan Organ Kos Sebenar Kos Sebenar Kos Sebenar Kos Sebenar
Manfaat Perubatan (bukan pembedahan)
Perundingan Pakar Pra-Hospital(60 hari sebelum kemasukan wad) Kos Sebenar Kos Sebenar Kos Sebenar Kos Sebenar
Lawatan Pakar Perubatan Dalam Hospital (maksimum 150 hari) Kos Sebenar Kos Sebenar Kos Sebenar Kos Sebenar
Rawatan Selepas Keluar Hospital (dalam 60 hari selepas keluar dari hospital) Kos Sebenar Kos Sebenar Kos Sebenar Kos Sebenar
Manfaat Pesakit Luar
Rawatan Pesakit Luar Bagi Kemalangan Dan Kecemasan
(rawatan dalam masa 24 jam)
Kos Sebenar Kos Sebenar Kos Sebenar Kos Sebenar
Yuran Ambulans Kos Sebenar Kos Sebenar Kos Sebenar Kos Sebenar
Rawatan Fisioterapi Pesakit Luar Kos Sebenar Kos Sebenar Kos Sebenar Kos Sebenar
Rawatan Dialisis Buah Pinggang Pesakit Luar - Bulanan 5000 5000 5000 5000
Rawatan Kanser Pesakit Luar - Bulanan 5000 5000 5000 5000
Elaun Harian Penjaga Bagi Kanak-kanak Yang Diinsuranskan - 100 - 100
Elaun Tunai Harian Di Hospital Kerajaan 100 100 100 100
Cukai Perkhidmatan & Barangan - GST Pada
perbelanjaan bilik
dan penginapan sahaja
Pada
perbelanjaan bilik
dan penginapan sahaja
Pada
perbelanjaan bilik
dan penginapan sahaja
Pada
perbelanjaan bilik
dan penginapan sahaja

Jumlah Sumbangan Tahunan Berdasarkan Jenis Pelan Dan Umur (RM)

Lingkuran Umur Pelan A Pelan B
Subangan Tahunan (RM) Subangan Bulanan (RM) Subangan Tahunan (RM) Subangan Bulanan (RM)
Individu Keluarga Individu Keluarga Individu Keluarga Individu Keluarga
18-60 600 1620 50 135 1296 2580 108 215
61-64 1272 2756 N/A N/A 2080 4500 N/A N/A
65-70 1696 3710 N/A N/A 3100 5950 N/A N/A

MANFAAT PERLINDUNGAN

  1. Bilik Dan Penginapan Hospital
    Pembayaran balik caj yang berpatutan dan lazim yang ditanggung untuk penginapan dan makanan yang diperlukan dari segi perubatan. Jumlah manfaat yang patut dibayar adalah bersamaan dengan caj sebenar yang dikenakan oleh hospital ketika peserta dimasukkan ke hospital, tertakluk kepada kadar harian bilik dan penginapan hospital, sehingga maksimum 150 hari setiap tahun dan had-had seperti yang tertera dalam jadual manfaat. Peserta hanya layak untuk manfaat ini apabila dimasukkan ke hospital sebagai pesakit dalam wad. Jika jumlah manfaat bilik hospital melebihi kadar sebenar yang ditetapkan di dalam Jadual Manfaat, maka peserta akan menanggung baki mengikut caj yang dikenakan, serta 20% daripada jumlah yang dikenakan untuk manfaat-manfaat lain, berdasarkan dokumen kontrak.
  2. Unit Rawatan Rapi (ICU)
    Pembayaran balik caj biasa yang berpatutan dan lazim yang ditanggung untuk bilik dan penginapan sebenar yang diperlukan dari segi perubahan ketika peserta dimasukkan ke hospital sebagai pesakit dalam wad di unit rawatan rapi hospital. Jumlah manfaat yang patut dibayar adalah bersamaan dengan caj sebenar yang dikenakan oleh hospital, tertakluk kepada maksimum 150 hari setahun dan had-had seperti yang tertera dalam jadual manfaat. Sekiranya tempoh kemasukan ke unit rawatan rapi telah melebihi had maksimum yang ditetapkan dalam jadual manfaat, pembayaran balik akan terhad kepada kadar bilik dan penginapan hospital harian yang biasa.
    Tiada manfaat bilik dan penginapan hospital akan dibayar untuk tempoh kemasukan yang sama di mana manfaat harian unit rawatan rapi telah dibayar.
  3. Bayaran Pakar Bedah
    Pembayaran balik caj yang berpatutan dan lazim untuk pembedahan yang diperlukan dari segi perubatan oleh pakar, termasuk lawatan peserta oleh pakar untuk penilaian sebelum pembedahan dan penjagaan selepas pembedahan sehingga maksimum 31 hari dari tarikh pembedahan, tetapi tidak melebihi had-had seperti yang tertera dalam jadual manfaat. Jika terdapat lebih daripada satu pembedahan dijalankan untuk mana-mana satu hilang upaya, jumlah pembayaran untuk semua pembedahan yang dijalankan tidak boleh melebihi jumlah maksimum seperti yang tertera dalam jadual manfaat.
  4. Bayaran Pakar Anestesia
    Pembayaran balik caj yang berpatutan dan lazim oleh pakar anestesia untuk pengurusan anestesia yang diperlukan dari segi perubatan, tertakluk kepada had-had seperti yang tertera dalam jadual manfaat.
  5. Bilik Bedah
    Pembayaran balik caj yang berpatutan dan lazim untuk dewan pembedahan yang berkaitan dengan prosedur pembedahan yang diperlukan dari segi perubatan, tertakluk kepada had-had seperti yang tertera dalam jadual manfaat.
  6. Bekalan Dan Perkhidmatan Hospital
    Pembayaran balik caj biasa dan lazim yang ditanggung atas penjagaan am sebenar yang diperlukan dari segi perubatan, dadah dan ubat-ubatan yang ditetapkan dan digunakan, pembersihan dan pengubatan luka-luka, splin, kas plaster, x-ray, pemeriksaan makmal, elektrokardiogram, fisioterapi, ujian metabolism basal, suntikan dan penyelesaian intravena, pemberian darah dan plasma darah tetapi tidak termasuk kos darah dan plasma semasa peserta dimasukkan ke hospital sebagai pesakit dalam wad, sehingga had-had seperti yang tertera dalam jadual manfaat.
  7. Lawatan Pakar Perubatan Dalam Hospital
    Pembayaran balik caj yang berpatutan dan lazim untuk lawatan pakar perubatan yang diperlukan dari segi perubatan kepada pesakit dalam wad sewaktu dimasukkan ke hospital untuk hilang upaya tanpa pembedahan sehingga tidak melebihi tempoh maksimum 150 hari setahun, tertakluk kepada had-had seperti yang tertera dalam jadual manfaat.
  8. Perkhidmatan Diagnostik Pra-hospital
    Pembayaran balik caj yang berpatutan dan lazim untuk elektrokardiogram (ECG). x-ray dan ujian makmal yang diperlukan dari segi perubatan yang dicadangkan oleh pengamal perubatan yang layak dan dijalankan di hospital untuk tujuan diagnosis disebabkan oleh kecederaan atau penyakit yang berkaitan dengan hilang upaya dalam tempoh 60 hari sebelum kemasukan hospital, tertakluk kepada had-had seperti yang tertera dalam jadual manfaat. Tiada bayaran akan dibuat termasuk ubat-ubatan dan rundingan yang dicaj oleh pengamal perubatan, jika semasa perkhidmatan diagnosis, peserta tidak perlu dimasukkan ke hospital untuk rawatan bagi keadaan perubatan yang didiagnosis.
  9. Manfaat Perundingan Pakar Pra-hospital
    Pembayaran balik caj yang berpatutan dan lazim untuk rundingan kali pertama oleh pakar yang telah dicadangkan secara bertulis oleh pengamal perubatan am yang berkaitan dengan hilang upaya dalam tempoh 60 hari sebelum kemasukan ke hospital, dengan syarat rundingan tersebut adalah diperlukan dari segi perubatan dan tertakluk kepada had-had seperti yang tertera di dalam jadual manfaat.
    Tiada pembayaran akan dibuat untuk rawatan klinik (termasuk ubat-ubatan dan rundingan yang berikutnya selepas penyakit didiagnosis) atau di mana peserta tidak perlu dimasukkan ke hospital untuk rawatan bagi keadaan perubatan yang didiagnosis.
  10. Rawatan Pesakit Luar Bagi Kemalangan Dan Kecemasan
    Pembayaran balik caj yang berpatutan dan lazim yang ditanggung untuk rawatan sebagai pesakit luar yang diperlukan dari segi perubatan di mana-mana klinik berdaftar atau hospital bagi kecederaan tubuh yang dilindungi yang wujud akibat kemalangan, dalam tempoh 24 jam dari kemalangan tersebut dan tertakluk kepada had-had seperti yang tertera dalam jadual manfaat. Rawatan susulan oleh doktor yang sama atau klinik berdaftar atau hospital yang sama untuk kecederaan badan yang dilindungi adalah disediakan sehingga tempoh maksimum 30 hari dari tarikh kemalangan, tertakluk kepada had-had seperti yang tertera dalam jadual manfaat.
  11. Rawatan Selepas Kemasukan Ke Hospital
    Pembayaran balik caj yang berpatutan dan lazim yang ditanggung untuk rawatan susulan yang diperlukan dari segi perubatan oleh pakar perubatan yang sama untuk hilang upaya tanpa pembedahan, dalam tempoh 60 hari serta-merta berikutan keluar dari hospital dan tertakluk kepada had seperti yang tertera dalam jadual manfaat. Ini termasuk ubat-ubatan yang dipreskripsikan dalam rawatan susulan tetapi tidak boleh melebihi bekalan yang diperlukan untuk tempoh maksimum 60 hari dari tarikh keluar dari hospital.
  12. Yuran Ambulans
    Pembayaran balik caj yang berpatutan dan lazim yang ditanggung untuk perkhidmatan ambulans tempatan (termasuk atendan) ke dan/atau dari hospital yang dimasukkan. Tiada bayaran akan dibuat jika peserta tidak dimasukkan ke hospital dan adalah tertakluk kepada had-had seperti yang tertera dalam jadual manfaat.
  13. Elaun Tunai Harian Di Hospital Kerajaan
    Pembayaran elaun tunai harian untuk setiap hari kemasukan hospital di hospital kerajaan Malaysia bagi hilang upaya yang dilindungi, jika peserta dimasukkan ke dalam bilik dan penginapan dengan kadar yang tidak melebihi jumlah dan had-had yang dinyatakan di dalam jadual manfaat, sehingga tempoh maksimum 150 hari setiap tahun. Tiada pembayaran akan dibuat bagi sebarang pemindahan ke atau dari sesebuah hospital swasta dan hospital kerajaan Malaysia bagi hilang upaya yang dilindungi.
  14. Rawatan Fisioterapi Pesakit Luar
    Pembayaran balik caj yang berpatutan dan lazim bagi rawatan fisioterapi pesakit luar yang dicadangkan secara bertulis oleh pakar physician selepas pembedahan atau rawatan penghospitalan, dalam tempoh 90 hari selepas keluar dari hospital atau pembedahan untuk mana-mana satu hilang upaya. Tiada manfaat akan dibayar bagi perubatan atau rawatan dan perundingan berterusan dengan pakar physician yang sama.
  15. Rawatan Kanser Pesakit-luar
    Jika peserta didiagnosis dengan kanser seperti yang didefinisikan, kami akan membayar balik caj yang berpatutan dan lazim yang ditanggung untuk rawatan kanser yang diperlukan dari segi perubatan di pusat rawatan kanser yang berdaftar secara sah, tertakluk kepada had bagi hilang upaya ini seperti yang tertera di dalam jadual manfaat.
    Rawatan sedemikian (radioterapi atau kemoterapi, tidak termasuk rundingan, ujian pemeriksaan, ubat-ubatan yang dibawa pulang) mestilah diterima di jabatan pesakit luar di hospital atau di pusat rawatan kanser berdaftar sejurus selepas peserta dibenarkan keluar dari hospital atau pembedahan.
    Kanser tersebut mestilah disahkan dengan bukti malignan secara histologi. Keadaan-keadaan berikut adalah dikecualikan:
    (a) Karsinoma in situ termasuk serviks;
    (b) Karsinoma in situ duktus pada payu dara;
    (c) Karsinoma papilari pundi dan kanser prostat tahap 1;
    (d) Semua kanser kulit kecuali melanoma malignan;
    (e) Penyakit Hodgkin tahap 1; dan
    (f) Ketumbuhan yang dimanifestasikan akibat komplikasi AIDS.
    Ini adalah keadaan khusus bagi manfaat ini walaupun terdapat pengecualian untuk keadaan sedia ada, manfaat ini tidak akan dibayar bagi mana-mana peserta yang pernah didiagnosis sebagai pesakit kanser dan/atau sedang menerima rawatan kanser sebelum tarikh manfaat bermula.
  16. Rawatan Dialisis Buah Pinggang Pesakit-luar
    Jika peserta didiagnosis dengan kegagalan buah pinggang seperti yang ditakrifkan, kami akan membayar balik caj yang berpatutan dan lazim yang ditanggung untuk rawatan dialisis buah pinggang yang diperlukan dari segi perubatan di pusat rawatan dialisis yang berdaftar secara sah, tertakluk kepada had bagi hilang upaya seperti yang tertera dalam jadual manfaat.
    Rawatan sedemikian (dialisis tidak termasuk rundingan, ujian pemeriksaan, ubat-ubatan yang dibawa pulang) mestilah diterima di jabatan pesakit luar di hospital atau di pusat rawatan dialisis yang berdaftar sejurus selepas dibenarkan keluar dari kemasukan hospital atau pembedahan.
    Ini adalah keadaan khusus bagi manfaat ini walaupun terdapat pengecualian untuk keadaan sedia ada, manfaat ini tidak akan dibayar bagi mana-mana peserta yang telah mengalami penyakit buah pinggang yang kronik dan/atau sedang menerima rawatan dialisis sebelum tarikh manfaat bermula.
  17. Transplan Organ
    Pembayaran balik caj yang berpatutan dan lazim yang ditanggung untuk pembedahan pemindahan yang diperlukan dari segi perubatan bagi peserta sebagai penerima bagi pemindahan buah pinggang, jantung, hati atau sumsum tulang. Bayaran bagi manfaat ini hanya untuk sekali sahaja seumur hidup peserta dan tertakluk kepada had-had yang dinyatakan di dalam jadual manfaat. Kos bagi mendapatkan organ dan semua kos yang ditanggung oleh penderma adalah tidak dilindungi.
  18. Cukai Perkhidmatan Kerajaan
    Pembayaran balik caj yang berpatutan dan lazim yang ditanggung untuk cukai barang dan perkhidmatan yang dikenakan pada caj sebenar tertakluk kepada had-had yang dinyatakan di dalam jadual manfaat.
  19. Pembayaran Balik Yuran Laporan Perubatan
    Pembayaran balik caj yang berpatutan dan lazim yang ditanggung untuk yuran laporan perubatan bagi rawatan yang diperlukan dari segi perubatan berkenaan dengan hilang upaya yang dilindungi semasa kemasukan hospital, prosedur pembedahan harian atau rawatan kecemasan kemalangan peserta, tertakluk kepada had-had yang dinyatakan di dalam jadual manfaat.


PENGECUALIAN

Kontrak ini tidak melindungi apa-apa penghospitalan, pembedahan atau bayaran disebabkan secara langsung atau tidak langsung, sepenuhnya atau sebahagiannya, oleh mana-mana satu kejadian yang berikut:

  1. Penyakit yang sedia ada.
  2. Penyakit yang ditetapkan yang berlaku dalam tempoh 120 hari pertama bagi perlindungan berterusan.
  3. Apa-apa keadaan perubatan atau fizikal yang berlaku dalam tempoh 30 hari pertama perlindungan atau tarikh pengembalian semula bagi peserta, mengikut mana-mana yang terakhir kecuali untuk kecederaan akibat kemalangan.
  4. Pembedahan plastic/kosmetik, berkhatan, pemerikasaan mata, cermin mata dan pembetulan rabun dekat melalui pembiasan atau pembedahan (keratotomy radial dan lasik) serta penggunaan atau pemerolehan perkakas atau alat prostetik luaran seperti anggota tiruan, alat pendengaran, perentak yang diimplankan dan preskripsi seterusnya.
  5. Penyakit pergigian termasuk rawatan pergigian atau pembedahan oral kecuali apabila diperlukan kerana kecederaan akibat kemalangan pada gigi asli yang sihat yang berlaku sepenuhnya dalam tempoh perlindungan.
  6. Penjagaan peribadi, rehat pulih atau penjagaan kebersihan, dadah yang tidak dibenarkan, intoksikasi, pemandulan, penyakit kelamin dan sekuelanya, AIDS (Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit) atau AC (Kompleks Berkaitan AIDS) dan penyakit berkaitan HIV, serta apa-apa penyakit berjangkit yang memerlukan kuarantin mengikut undang-undang.
  7. Kehamilan, melahirkan anak (termasuk kelahiran secara pembedahan), keguguran, menggugurkan kandungan dan jagaan serta pembedahan prenatal atau postnatum, kaedah kawalan kelahiran kontraseptif mekanikal atau kimia atau rawatan berkaitan ketaksuburan, disfungsi erektil dan ujian atau rawatan berkaitan impoten atau pemandulan.
  8. Penghospitalan terutamanya untuk tujuan penyiasatan, diagnosis, pemeriksaan sinar-X, pemeriksaan fizikal atau perubatan am, tidak berkaitan dengan rawatan atau diagnosis hilang upaya yang dilindungi yang tidak perlu dari segi perubatan dan apa-apa rawatan pencegahan, ubat atau pemeriksaan pencegahan yang dijalankan oleh pakar perubatan, dan rawatan khusus untuk mengurangkan atau menaikkan berat badan.
  9. Bunuh diri, percubaan bunuh diri atau kecederaan diri sendiri yang disengajakan ketika siuman atau tak siuman.
  10. Peperangan atau apa-apa tindakan peperangan, diisytiharkan atau tidak diisytiharkan, aktiviti jenayah atau pengganas, bergiat cergas dalam mana-mana angkatan bersenjata, penyertaan secara langsung dalam mogok, rusuhan dan kekecohan awam atau pemberontakan.
  11. Radiasi pengionan atau pencemaran melalui radioaktiviti daripada mana mana bahan api nuklear atau sisa nuklear daripada proses pembelahan nuklear atau daripada apa-apa bahan senjata nuklear.
  12. Perbelanjaan yang ditanggung untuk menderma mana-mana organ tubuh oleh peserta dan kos pemerolehan organ termasuk semua kos yang ditanggung oleh penderma ketika transplan organ dan komplikasinya.
  13. Penyiasatan dan rawatan ganguan tidur dan dengkur, terapi penggantian hormon dan terapi pilihan seperti rawatan, perkhidmatan atau bekalan perubatan, termasuk tetapi tidak terhad kepada perkhidmatan kiropraktik, akupunktur, akutekanan, refleksologi, pengikatan tulang, rawatan pakar herba, urut atau terapi aroma atau rawatan pilihan yang lain.
  14. Penyiasatan dan rawatan ganguan tidur dan dengkur, terapi penggantian hormon dan terapi pilihan seperti rawatan, perkhidmatan atau bekalan perubatan, termasuk tetapi tidak terhad kepada perkhidmatan kiropraktik, akupunktur, akutekanan, refleksologi, pengikatan tulang, rawatan pakar herba, urut atau terapi aroma atau rawatan pilihan yang lain.
  15. Jagaan atau rawatan yang pembayaran tidak dikehendaki setakat ia dibayar oleh mana-mana insurans/Takaful lain atau tanggung rugi yang melindungi peserta dan hilang upaya yang timbul daripada tugas dalam pekerjaan atau kerjaya yang dilindungi di bawah Kontrak Insurans Pampasan Pekerja.
  16. Psikotik, gangguan mental atau saraf (termasuk apa-apa neurosis dan manifestasi fisiologi atau psikosomatiknya).
  17. Kos/Perbelanjaan bagi perkhidmatan yang bersifat bukan perubatan seperti telefon, televisyen, radio, perkhidmatan teleks atau kemudahan yang serupa, kit/pek kemasukan dan barang bukan perubatan lain yang tidak layak.
  18. Kesakitan atau kecederaan yang timbul daripada apa-apa jenis perlumbaan (kecuali perlumbaan jalan kaki), sukan merbahaya seperti tetapi tidak terhad kepada terjun udara, sukan profesional, luncur air, sukan musim sejuk, aktiviti dalam air yang memerlukan alat pernafasan dan aktiviti-aktiviti yang tidak dibenarkan.
  19. Penerbangan peribadi selain sebagai penumpang yang membayar tambang dalam mana-mana penerbangan komersil berjadual untuk mengangkut penumpang melalui laluan yang ditetapkan.
  20. Perbelanjaan yang ditanggung untuk menukar jantina.

Carta Aliran

Kemasukan Hospital

  • Pesakit tiba di hospital panel, maklumkan Kad Pengenalan,

    Surat Rujukan Panel Klinik dan Kad Keahlian.
  • Hospital mengesahkan kad dan nama melalui
    Pusat Bantuan 24 jam - Asia Assistance
  • Membekalkan Laporan Perubatan sebab-sebab
    kemasukan ke Pusat Bantuan
  • Selepas menerima Laporan Perubatan yang lengkap
    dari Hospital.

    Surat Jaminan dikeluarkan untuk
    Pesakit yang dilindungi.
  • Pesakit dimasukkan ke wad
Panel Hospital

Carta Aliran

Discaj Hospital

  • Ahli bersedia untuk keluar hospital
  • Hospital menyediakan bil terperinci dan
    notis pembayaran
  • Hospital faks semua dokumen sokongan atau
    laporan perubatan
  • Pusat Bantuan mengesahkan audit dan memproses
    notis pembayaran dan mengeluarkan
    Surat Jaminan dalam tempoh 45 min
  • Hospital menerima Surat Jaminan Terakhir
  • Ahli membayar caj yang tidak sah di dalam polisi
  • Ahli keluar wad
Untuk mendapatkan Surat Jaminan (Kemasukan Hospital), sila hubungi:

Asia Assistance 24 Hours Alarm Centre
03-7628 3377 or +6 03-7841 5777