Soalan Yang Sering Ditanya

  • Perlukah saya menjalankan pemeriksaan kesihatan sebelum menyertai Skim Medicare?

    Tidak, sekiranya jawapan untuk soalan selidik anda adalah tidak. Sekiranya jawapan soalan selidik anda adalah ya atau peserta mempunyai masalah kesihatan. Maka laporan perubatan akan diminta dan kosnya akan ditanggung oleh peserta.

  • Bilakah polisi saya akan berkuatkuasa?

    Polisi anda akan berkuatkuasa dari tarikh kelulusan permohonan anda dan 30 hari selepas bayaran penuh premium diterima daripada anda.

  • Bolehkah RHB Insurans Bhd tidak membiayai tuntutan?

    Ya, RHB Insurans Bhd berkemungkinan tidak akan membiayai tuntutan anda, jika anda didapati telah memberi maklumat palsu yang menjejaskan keputusan untuk menawarkan perlindungan kepada anda. Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan maklumat kesihatan yang diberikan adalah benar supaya kontrak anda sah.

  • Bolehkah saya mendapat tuntutan sekiranya mendapat rawatan di hospital bukan panel?

    Kemasukan ke hospital tersebut masih layak untuk mendapat tuntutan bayaran balik dari RHB Insurans Bhd, sekiranya kemasukan itu dilindungi di dalam kontrak.

  • Adakah saya akan mendapat pelepasan cukai pendapatan?

    Ya. Premium yang dibayar di bawah plan ini layak mendapat pelepasan cukai pendapatan sehingga RM 3000 setahun untuk premium insurans pendidikan/perubatan.